Pages

Thursday, 25 October 2012

Di tengah malam

Sekian lama tak update. Sebab hr tu update tp terpost kat blog lama. Ape jadah. Tp takpelah. Kite buang aje blog itu. Sebab tak mendatangkan faedah. Benda merepek je. Huahua. Sekarang dah pukul 0023, sameera xnak tidur. Tgh mgadap upin ipin, dok cari bapak dia nye snore kot. Haha. Amir g jmpe client. X abis2 lg. Hopefully get the deal.

Td g rumah sakeenah. Visit her sbb x sempat visit hari tu. Rumah dekat dgn hospital. Tp berbadan 18. Susah nak gerak. Lgpun sameera kan x leh g hospital. So kite g rumah. Haaaaa. Kan lg best. Leh makan makan. Main main. Gosip. Kalau tak time limited. Hihi

Ohh. Hari ini hari lahir kawan saya, happy bday fatt. Tak lama lagi kemanten baru.

Sem tgh cuti. Ada lg halfway. Alhamdulillah. 7 weeks passed. Now ada 7 weeks to go. Hopefully can do it. InsyaAllah.

Apa nak cakap lg ekkkkk.

Owhhh. Bakal menjadi mak kepada 2 org anaks.

From Ain's Tab.

Saturday, 1 September 2012

Selepas ramadhan

Alhamdulillah, hari ni dah 12 syawal. Sekejap aje. X rasa pun puasa 30 hari, or 29 to be exact. Tp tula, ramadhan dh abis, semua ibadah pun mula ditinggalkan tanpa sesar. Hasad pun kembali mcm dulu.
Baru je 12 syawal, aku dah berdepan dengan dua orang hantu.

Thursday, 16 August 2012

for me and us all

Six rules of happiness:

1. Don't hate others simply because they have wronged you.
2. Combat worry by having hope in the Almighty and praying excessively.
3. Live simply no matter how high your status may rise.
4. Expect goodness no matter how many tests you may face.
5. Be generous even if you feel a slight loss.
6. Smile, even if your heart may be sad.

-MuftiIsmailMenk

Saturday, 28 July 2012

short semester, puasa

sem ni insyaAllah sem kedua terkakhir untuk aku. setelah macam-macam pancaroba di lalui. tukar course, repeat certain subject, maternity leave, alhamdulillah. sikit lagi perjalanan. takpe, kita tak boleh tamak nak semua benda in satu masa. go slow but finish it.

sem ni short sem, ambil 3 subjek kau. hah. dari pagi sampai petang kat IIU. tak ke kematu bontot. dahla kerusi keras semacam. waktu mule-mule sem tu pancit gak ah. balik rumah tak larat gile. then the next days and weeks kita dah boleh cope so alhamdulillah. bukan apa, kalau sem panjang takde la busy mcm ni. ni sbb short sem, semua dorang double kan. tu yang susah plus mcm pendek sangat la sem ni, sbb clash ngan bulan ramadhan agaknye.

apa-apa pun bulan ramadhan bukan jadi isu untuk malas walaupun memang la kelas pagi tu aku memonteng je. hahah. dapat lecturer lak baik gile. smpi kita yang segan. ko lambat cemane pun dia tak kesah. semoga Allah merahmati Sir Abdun. yang lagi  lecturer ok la, Dr Haja kita dah tau macamane dia ajar, in fact this is the 3rd time ambil ngan dia, so dah tau camana rentak kelas tu, smpi aku pening and migrain. hahah. lagi sorang Dr Mahmud, best gile. hafal nama sorang2. kitorang lak 12 orang je dalam kelas, so dia memang kenal la. mula2 dia arrange seat ikut abjad, then bulan lahir then ntah ape2 lagi. sbb kitorang sikit, so takkan la sikit pun ko tak kenal each other ye dak? 

sedar tak sedar ni dah 2 minggu terakhir dah sem ni. nak abis dah pun. exam will  be on the last week of puasa. ohhhhh excited kau! raya ni sepatutnya turn aku, tapi since adik aku nak menikah so kita sacrifice, raya mana-mana belah pun sama je. dua-dua best. dua-dua pun mak bapak kita dunia akhirat. so apa nak gaduh. suasana memang la lain tapi benda tu lagi penting dari relationship ke? idak kan? so bawak bertenang. raya je kat mana-mana. untung2 dapat duit raya! hahahah. 

ok la jap lagi nak siap-siap g rumah ibu mertua dan bapa mertua kesayanganku.nak buka puasa dengan dorang hari ni. moh le kite!

Friday, 27 July 2012

Saturday, 14 July 2012

jubli perak

Alhamdulillah. masih sihat bernafas selama 25 tahun. phewww! tua dah. Alhamdulillah atas kurniaan usia. Terima kasih to kawan-kawan yang wish kat facebook. thanks for the time. sebab bukan senang orang nak wish. as for myself pun kalau rasa nak wish, wishla, klu tak online mmg tak wish. apapun semoga dengan peningkatan usia ni, semoga taqwa kita semua kepada Allah juga bertambah.

Saturday, 24 March 2012

tak tau la nak kata bangang ke bodoh

aku tak tau la ada orang baca ke tak blog aku ni. tak kisahlah. kita tulis bukan nak jadi glamour tp sebab kadang takde benda berfaedah lain nak buat, maka kita buat la yang ini.
well, sekarang ni kan kitorang tengah sibuk organize kursus kahwin. so kitorang ada la website for kursus tu.
meh la aku promote sikit. www.kursus-kahwin.com. so dalam form tu ada la online form kursus. nak dijadikan
cite ada orang isi borang macam ni


Wednesday, 1 February 2012

penat dan penat

banyak sangat nak tulis kat sini

tapi busy

hari wilayah pun kena g ofis

next week dah start sem.

uwaa

Tuesday, 24 January 2012

kursus kahwin

first of all, sekarang ni aku kat ofis with my lovely husband. he is having meeting dengan client, so i teman la, huh, it supposed to be an hour but ni dah lebih sikit, takpela. ko charge mahal sikit ye bang, haha. apa-apapun kong hee fatt choy to semua orang cina dimana saja kamu berada pun...

sekarang dah hujung-hujung sem satu, maksudnya dah tak lama lagi bulan dua, maksudnya result pun dah tak lama lagi nak release. may result ok la. 
well, actually just nak inform pasal kursus kahwin yang dianjurkan oleh kami yang bertempat di masjid jamek.nak tahu lebih lanjut sila layari http://jodohkuselamanya.blogspot.com.

Tuesday, 17 January 2012

rezeki 2012

alhamdulillah.

wwg 1307 - welcome on board my whity.

next, samsung or bb.

aku bingung lagi. heh

Tuesday, 10 January 2012

meniru

bila time-time exam ni ramai la yang meniru. lagi-lagi dengan kehebatan gadget semasa. tu aku tak kesah. pandai-pandai la korang. yang penting korang tak kantoi and korang puas hati ke kalau score good mark tp membohong, kadang-kadang memangla aku pun rasa nak meniru so that aku leh jawap semua soalan dengan hebatnya. tp nanti dapat result kita puas hati ke? kalau dapat A mungkin la puas hati tapi kalau dapat teruk dari yang kita target hahhh tak ke kau cirit kat situ jugak. bab tiru meniru ni nak kata aku 100% jujur tu, mungkin tak jugak, tapi cara aku meniru ada lah dengan menanya orang, bukan nak intip2 or tiru notes. tu tak mungkin la. well, dari matrik lagi kalau tengah exam, orang nak tanya, aku akan tunjuk jawapan aku, maksudnya make it visible to them la, tapi dengan syarat ko jangan tanya aku balik betul ke C, aku rasa B lah. dah kau boleh rasa-rasa yang ko nak tanye aku kenapa? nak tiru, tiru, tak nak tiru sudah. kalau betul rezeki kita sesama. kalau salah sila jangan tiru aku lagi pasni. sebab ko yang nak tiru aku bukan aku yang suruh ko paksa tiru aku. so berbalik pasal tiru meniru ni, ada la beberapa orang yang dah dikenal pasti, dari matrik sampai masuk universiti, mmg camtu la perangai dorang, time dorang nak tanya kau bukan main lagi tanya macam-macam, siap nak tengok answer sheet, kalau aku ko nak tgk, ko tgk je la, again jangan nak pertikaikan. so bila spesis macam ni buntu, iye-iye la tanya itu ini, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila dorang prepare,dorang tau jawapan, aku toleh belakang je terus tutup jawapan. hebat kan orang macam ni, elok-elok aku kawan ngan korang, ikhlas nak tolong apa-apahal ko buat perangai pulak, pasni haramjadah la aku nak tolong ko lagi dah.

Monday, 9 January 2012

new day, new year, new spirit

my previous entry which is a family photo tells a lot about my new year. i'm still in love with my husband, and obviously this 2012 will be a great year for me as i have my little sameera to accompany me in my everysinglesteps. she will be a year this year. and hey doesn't it sounds great?

well, as an ordinary being ( although sometimes im a lit bit extraordinary huahua) im just like others, new year = new everything, but actually nothing much change. is just that im gonna end my undergraduate life this year. insyaAllah. aku sangat la berharap untuk itu. sebab lepas tu boleh aim benda lain pulak. get more money, and more everything.

hmm. exam is what happening now. next paper will be on thurs and sat. mula-mula nak aim good grade, B+, A- and A la, even kadang rasa macam impossible but ehh apa masalah nye kan, boleh mesti boleh punye, pastu study la gile-gile untuk first paper, then 2 paper pastu bila dah third paper rasa macam takpela, dapat apa pun takpe la yang penting exam ni habis, kann? aku tau ramai rasa macam tu, jangan nak membohong.

then cuti, layan sameera 24seven. makin menjadi-jadi la dia. sekarang aku tengah prevacation ni pun dia dok melekat, semua orang lain tak laku except BAAAAAAAAAAAAAAABAH dia. hmm. sayang kat babah ko ye sameera. bagus la tu nak.

well, aku rasa tahun ni will be a great year, sebab dimulakan dengan rezeki. hari tu aku jalan g beli barang kat maxvalu depan rumah ni, then 30 ringgit aku hilang, aku sedihhhhhh la kan, maklumla waniTAK bekerjaya, so my husband bagi i 10ringgit untuk mengurangkan kesedihan aku. pastu a day after my mom in law ajak g sogo dan memborong apa saja ko nak. hah tak ke ko gembira, pastu ahad suami pulak bawak g buat spect baru, wahh gembira yang amat then adik gi sogo dan membelikan handbag. wahhhhhhhhhh ini sungguh menggembirakan. sebab tu aku cakap kalau ada rezeki even ko rasa macam mustahil tp kalau dah namanya rezeki ko akan dapat jugak. and by the end of jan insyaAllah my fireredragon pulak akan keluar. oh sangat tidak sabar uols. rezeki minAllah, rezeki sameera. 

hmm. so apa azam tahun ni baru sebenarnya? senang je. nak jadi hamba Allah yang lagi baik dari tahun sebelum ni, nak jadi isteri yang baik dari sebelum ni, nak jadi anak yang lebih baik dari sebelum ni, nak jadi menantu yang lebih baik dari sebelum ni, nak jaidi ibu yang lagi baik dari sebelum ni, nak jadi kakak yang lebih baik dari sebelum ni dan nak jadi kawan yang lagi baik dari sebelum ni. :)